Wednesday, August 27, 2014

Contact lense yang lembut dan selesa :)

Aku memang seorang yang rabun. Selalunya keluar memang pakai contact lens,pakai spek pon bila tengok tv dekat rumah je. Tapi selalunya orang yang pakai contact lens ni memang kena ada spek lah kan. Sebab contact lens tak boleh pakai 24 jam nanti mata penat dan merah-merah. Sepanjang aku pakai contact lens ni,meh sini nak bagi sedikit tips yang aku selalu buat:

- Sebelum atau selepas nak pakai contact lens make sure contact lens betul-betul bersih. Nak bersihkan pon ada cara dia. Masa letak solution dekat contact lens,jangan gosok-gosok je. Kalau nak gosok,gosok dari dalam bawa ke luar. Bagi hilang semua habuk. Contact lens ni kalau ada secoet je habuk,rasa dia humak aihh gatal benau mata. Habuk-habuk tu memang tak boleh ada secoet pon.

-Tangan kena bersih. Aku ni dah ah suka makan pakai tangan. Kadang-kadang makan mee goreng pon pakai tangan.Kalau dah makan make sure basuh tangan bersih-bersih. Part jari telunjuk dan ibu jari tu memang kena letak sabun and basuh lebih sikit ah sebab nanti nak buka contact lens akan guna dua jari tu. Kalau tak basuk bersih,abeh mata pedih rasa sambal.


- Biasakan mata pakai contact lens yang lembut. Contact lens ada macam-macam jenis. Aku dah pakai macam-macam jenis dan brand contact lens. Salah satu contact lens favourite aku adalah LACELLE by Bausch+Lomb




Suka contact lens ni sebab lembut,and bila pakai dekat mata tak rasa macam tengah pakai lens pon. Warna dia pon natural sangat! Suka!



Ni warna Frozen Grey. Warna nya nampak begitu natural bukan?


Ni warna Tender Brown. Ni lagi ah memang tak nampak macam pakai lens.

Ni warna Jubilee Violet. Aku sangat takut nak pakai warna-warna gini sebenarnya sebab takut nampak tak natural and nampak benau mata tipu. 



Tapi bila try pakai Jubilee Violet Lacelle by Bausch + Lomb ni rasa macam tak segan pula. Warna nya natural sangat! Nampak macam mata bersinar :D






Oh ye. Kalau korang nampak Lacelle #wow truck ni jangan lupa singgah sebab nanti korang akan dapat Lacelle lens secara PERCUMA! Memang boleh mintak contact lens yang sama dengan power mata korang.

Haritu aku nampak #wow truck ni,aku pon singgah ler kejap

Dia suruh isi emel semua and terus boleh redeem contact lens. Yayy!



Lepastu saja je lah join "Face of Lacelle" photo contest ni. Korang pon kalau dah redeem contact lens try lah contest ni sebab berpeluang menang hadiah best-best tau! Ni hadiah-hadiah dia.

Weekly top prize :  RM500 fashion fast forward voucher and RM150 sephora voucher.

Weekly consolation prize x 4 : RM150 Sephora voucher.

Grand winner lagi best! Sebab akan menjadi duta pertama Lacelle dekat Malaysia! Waaa.(feature in major magazines and digital medium) dan membawa pulang wang tunai RM 1,000 + 4H3M HongKong untuk 2 orang + satu tahun bekalan contact lens Lacelle!


Tapi memang serious ah contact lens Lacelle (Bausch + Lomb) ni memang selesa gila! Tak tipu. Memang tak rasa macam tengah pakai contact lens.Memang suka sebab contact lens Lacelle ni lembut je bila pakai dekat mata. Lace pattern dekat contact lens pon sangat unik dan boleh menyerlahkan lagi kecantikan mata kita. Lacelle ni untuk kegunaan sebulan. Ada 2 jenis:

Limbal (big eyes effect) : modest black , tender brown
Color (colors effect) : jubilee violet, sparkling brown and frozen grey

Satu kotak hanya RM68 sahaja. Kalau korang nampak truck #wow tu jangan lupa singgah ye! Nanti dapat contact lens FREE dan mana tahu ada antara korang yang boleh jadi duta LACELLE pulak nanti :)

More info:
Website-   www.lacelle.com.my
Facebook- Lacelle Malaysia




Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, August 25, 2014

Semangat merdeka dengan ESCAPE


Apa erti merdeka pada korang? Bagi aku.merdeka ni adalah kebebasan. Dah lama negara kita ni merdeka,pemikiran dan tingkah laku kita jugak haruslah jauh lebih merdeka dan kehadapan selari dengan tempoh merdekanya negara kita daripada cengkaman penjajah. Pemikiran kita pon kena bebas dari aspek-aspek negatif.


Dekat laman sosial yang makin 'canggih-manggih' sekarang ni,ramai yang sangat lantang dan bebas bersuara. Kita memang bebas nak bagi pendapat masing-masing tapi dalam bebas-bebas pon jangan lupa jaga batas dan adab menulis di laman sosial ni.




Konsep kemerdekaan yang sebenar tidak tertumpu kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah semata-mata. Bagi aku, kemerdekaan dari sudut pemikiran, sikap dan tingkahlaku daripada sebarang bentuk sifat-sifat yang boleh menghakis nilai-nilai murni yang perlu diberi perhatian dan keutamaan. Kan?


Tengok suami aku ni,punya lah semangat kemerdekaan berkobar-kobar. Kemain baca puisi A.Samad Said dengan jayanya. kehkeh :p
Korang pon mesti ada semangat cintakan negara juga kan?



Korang boleh tunjuk kan semangat cintakan negara Malaysia kita ni dan berpeluang untuk menang RM157,000 woh! Uiihh banyak tu. Join contest Escape Merdeka ni sekarang!


Cara nak join pon mudah je:

Step 1
Shoot video dalam janga masa selama 3 minit. Guna apa-apa device pon boleh. Tapi make sure ada Malaysian spirit!
Step2
Video korang mesti ada tema "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" baris pertama dalam lagu Sudirman bertajuk 'Warisan'. Mana-mana part dalam lagu 'Warisan' tu mesti kena masuk kan dalam video.
Step3
Hantar video ke Youtube. Tarikh tutup adalah 9 September 2014
Senang je kan? Cuba lah try hantar video dan tunjuk betapa sayangnya korang dekat negara Malaysia ni. heee. Untung-untung dapat hadiah RM157,000! Banyak tu! Join lah!


More info: celcomESCAPE

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Click Me !